Barisan pelakon Family_Guy

Barisan pelakon utama dan peranan masing-masing adalah seperti yang berikut:

  • Seth MacFarlane yang menyuarakan Peter Griffin, Stewie Griffin, Brian Griffin, Glenn Quagmire, dan Tom Tucker;
  • Alex Borstein sebagai Lois Griffin, Loretta Brown (sehingga watak itu ditamatkan pada musim keempat), dan Trisha Takanawa;
  • Seth Green sebagai Chris Griffin; dan
  • Mila Kunis sebagai Meg Griffin.

Selain daripada watak yang tersenarai di atas, para pelakon utama juga menyuarakan untuk sebilangan watak berulangan serta menyamar orang yang termasyhur dan ikon budaya pop.

Barisan pelakon yang berulangan termasuk:

Lacey Chabert menyuarakan Meg Griffin untuk musim pertama (15 episod). Walaupun demikian, beliau tidak diberikan sebarang penghargaan kerana persetujuan berkontraknya.[5] Bagaimanapun, beliau akhirnya dihargai pada akhir Rancangan Istimewa Episod Ke-100 Family Guy yang menonjolkan petikan karyanya.